Mawi Dedah Punca Sebenar Tak Masuk AF Megastar 2017

AF Megastar 2017

Mawi Dedah Punca Sebenar Tak Masuk AF Megastar 2017 – Konsert AF Megastar sudah memasuki minggu keempat dan Idayu serta Marsha antara bintang dari Akademi Fantasia musim ketiga yang masih bertahan.

Mengimbau kembali kegemilangan juara AF musim ketiga, Mawi, ada antara peminat setianya yang masih menanggung kecewa kerana ketiadaannya pada konsert AF Megastar Homecoming tiga minggu lalu.

Mawi Dedah Punca Sebenar Tak Masuk AF Megastar 2017

Mengulas mengenai perkara itu, ini jawapan Mawi.

“Bertanding seperti konsert mingguan AF memang tertekan, sama seperti peluang ke final Anugerah Juara Lagu.

“Ibaratnya setiap minggu kita akan melaluinya dan saya sebenarnya sudah sampai ke fasa yang mahu menyanyi lebih rileks dan tenang. Tidak mahu terlalu stress.

“Selain itu, saya juga terikat dengan komitmen bisnes dan radio baharu di bawah Astro yang akan mula bersiaran pada bulan Oktober.

“Jadi, saya perlu fokus satu persatu kerana bimbang konsentrasi saya terjejas,” katanya yang ditemui pada majlis kesyukuran radio baharu Astro baru-baru ini.

Tambah Mawi, dia tidak meletakkan penangan gelombang Tsumawi 12 tahun lalu sebagai batu loncatan sekiranya dia tersenarai antara bintang yang bertanding untuk AF Megastar.

“Untuk mencari gelombang kedua Tsumawi bukan mudah sebab ketika AF 12 tahun lalu pun ia tidak dirancang dan terjadi dengan sendirinya.

“Ini bukan 2005, saya tidak fikir akan ada gelombang kedua Tsumawi sebab peminat saya pun sudah beralih generasi,” tambahnya yang bertegas enggan bertanding sekiranya ada AF Megastar musim baharu tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Mawi bakal mengendalikan segmen utama stesen radio baharu bawah Astro yang akan mula ke udara pada Oktober depan.

Selain Mawi, stesen radio itu akan turut dikendalikan oleh empat penyampai radio lain iaitu Anas Tahir, Raqib, Falyq dan Lin Ariffin.

Sumber: Astro Gempak

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih