Maut Dihempap Jejantas Pejalan Kaki

Maut Dihempap Jejantas Pejalan Kaki

Kuala Lumpur – Seorang warga Indonesia maut dihempap jejantas pejalan kaki yang masih dalam pembinaan, runtuh di Jalan Genting Klang di sini, 2 petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.53 petang dan tiba dilokasi pada 1.59 petang.

Menurutnya, setibanya dilokasi pihaknya mendapati satu jambatan pejalan kaki runtuh dan menghempap seorang mangsa.

“Pemeriksaan mendapati mangsa warga Indonesia dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan punca kejadian berlaku,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih