“Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya ‘Jajan’ Kepada Kanak-Kanak” – Kata Dr Taufiq Razif

"Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya 'Jajan' Kepada Kanak-Kanak" – Kata Dr Taufiq Razif

“Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya ‘Jajan’ Kepada Kanak-Kanak” – Kata Dr Taufiq Razif – Pepatah ada berkata, ‘sayang anak tangan-tangankan’ mungkin boleh ditukarkan dengan ‘sayang anak, jauh-jauhkanlah jajan’. Mengapa? Tahukah anda betapa bahayanya jajan atau makanan ringan kepada anak-anak kita?

Perkongsian dari Doktor Taufiq Razif ini pasti akan membuatkan ramai ibu bapa yang akan faham dan mengerti apakah maksud dan nasihat yang disampaikan oleh doktor muda ini.Gambar hiasan

Ramai Betul Tak Tahu Bahaya Jajan Ni

Terkedu saya!

Baru-baru ni saya amik anak saya daripada tadikanya. Yang peliknya anak saya taknak berenggang dengan beg galas dia. Saya dah jadi pelik dah. Bila saya buka je beg dia.

Ya Allah! Penuh dengan jajan!

Hari pertama beg dia penuh dengan bungkusan jajan berperisa jagung. Saya urut dada. Takpelah. Mungkin cikgu dia tersilap masukkan la kot. Hari kedua ketiga lepas tu pun masih dapat jajan lagi.

Bermacam macam perisa pulak tu. Siap dapat lolipop lagi. Saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya jumpa terus cikgu tadika anak saya tu.

Saya tak marah pun cikgu tu cuma saya tanya elok-elok je. “Cikgu, kenapa banyak sangat jajan dalam beg anak saya?”.

Cikgu tu macam agak cuak jugak la sebab dia kenal saya kot. Dia cakap ada pelajar yang celebrate birthday jadi bagi bagi je jajan tu kat semua pelajar tadika tu. Saya terkedu!

Eh! Kenapa ada mak ayah yang celebrate anak dengan jajan? Sini saya nak bagitahu keburukan jajan ni kat mak ayah semua. Mana tahu ada yang belum tahu kan.

  • Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi
  • Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.
  • Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu.
  • Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Efeknya? Seumur hidup!

Jadi kepada mana-mana ibubapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘ penyakit orang dewasa ‘ dah mula menyerang kanak-kanak. Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.

P/S: Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih