MashaALLAH Jujurnya Lelaki Ini.. “Di Dunia Mungkin Saya Boleh Lari, Akhirat?”

MashaALLAH Jujurnya Lelaki Ini.. “Di Dunia Mungkin Saya Boleh Lari, Akhirat?”

KATA-KATA yang diungkapkan oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang potong rumput apabila tanpa sengaja memecahkan cermin sebuah kereta begitu menyentuh hati.

Pemilik kenderaan yang berang dengan insiden itu terus mencari siapakah gerangan yang menyebabkan cermin keretanya pecah.

Namun dia kemudiannya terkedu dengan pengakuan tukang potong rumput dari etnik Rohingya itu yang sanggup membayar kos menggantikan cermin kereta tersebut walaupun bosnya sedia berbuat demikian.

“Dia kata kalau saya buat, biar saya yang ganti. Kalau saya lari sekarang belum tentu di akhirat saya dapat lari. Allahurabbi,” kongsi pemilik akaun Facebook, Mizi Lalang.

Menurut Mizi, apa yang menyentuh perasaannya, lelaki itu turut menceritakan mengenai negaranya yang bergolak tetapi dalam masa yang sama dia turut mengingatkan tentang akhirat dan kematian.

Tambah Mizi lagi, kisah ini turut memberi peringatan supaya jangan pandang remeh terhadap orang lain yang zahir nampak tiada apa-apa tapi dia jujur demi rezekinya dan mungkin mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen memuji sikap jujur yang ditunjukkan lelaki berkenaan.

“MasyaALLAH jujurnya dia,” tulis Abdullah Zawawi Abdul Hamid

“Bukan sahaja rezekinya murah. Kita doakan negara mereka aman makmur dan mereka dapat hidup sempurna di negara mereka sendiri. Amin,” tulis Man Ghazali Rais pula. lapor Sinar Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih