MAS, AirAsia Umum Batal Semua Penerbangan Keluar, Masuk Bali

MAS, AirAsia Umum Batal Semua Penerbangan Keluar, Masuk Bali

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia mengumumkan pembatalan kesemua penerbangan keluar, masuk bagi Denpasar, Bali di Indonesia berikutan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai akibat debu gunung berapi Raung di Jawa Timur.

Bagi AirAsia, ia turut membabitkan penerbangan bagi Lombok.

Menurut laman web syarikat penerbangan nasional itu, pihak MAS akan terus memantau keadaan dan memberikan sebarang maklumat yang dikemaskini.

“Pelanggan diminta merujuk status penerbangan masing-masing di www.malaysiaairlines.com atau telefon 1300-33-1313 sebelum bergerak ke lapangan terbang.

“Aspek keselamatan sememangnya menjadi satu keutamaan untuk Malaysia Airlines,” katanya.

Sementara itu, AirAsia dalam satu kenyataannya berkata penerbangan keluar keluar, masuk Lombok dibatalkan kerana penutupan lapangan terbangnya kepada semua pengangkutan udara.

Menurut laporan berita, lapangan terbang lain yang turut ditutup termasuk di Jember dan Banyuwangi, juga disebabkan debu gunung berapi itu yang menjejaskan penglihatan serta isu berkaitan. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih