Malaysia Kutuk Serangan Maut Di Paris

Malaysia Kutuk Serangan Maut Di Paris

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai pemimpin dunia lain mengutuk siri serangan kumpulan bersenjata di Paris yang menurut laporan telah mengorbankan lebih 100 nyawa.

“Malaysia mengutuk serangan melampau di Paris hari ini ke atas orang awam yang tidak berdosa. Doa kami untuk rakyat Perancis,” kata Najib di laman Twitter beliau.

Perdana Menteri berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku di ibu negara Perancis itu.

“Namun kita mesti kekal bersatu dan tidak berganjak daripada memerangi keganasan,” tambah beliau.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih