MALANG !! Pelumba Basikal Kritikal Dilanggar Van Pengiring

MALANG !! Pelumba Basikal Kritikal Dilanggar Van Pengiring

Kuala Lumpur – Seorang pelumba basikal pelapis kebangsaan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan di Km 19, Lebuhraya Kajang SILK pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi, 17, terjatuh daripada basikalnya dan dilanggar van pengiring pasukan yang mengekori dari belakang.

Mereka dalam perjalanan balik dari Mantin, Negeri Sembilan ke Kompleks Sukan Bukit Jalil.

“Pemandu van dikatakan tidak menyedari mangsa terjatuh kerana membetulkan kakinya yang kebas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya Nur Rozi kini dirawat di Hospital Kajang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata laporan awal mendapati atlet itu cedera parah di kepala dan patah peha kanan.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bergegas ke tempat kejadian dan memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kajang,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih