Mak Tom Sebak Kenang Arwah Suami

Mak Tom Sebak Kenang Arwah Suami

Mak Tom Sebak Kenang Arwah Suami – Mak Tom tak dapat menahan sebak mengenangkan nasib suaminya yang meninggal beberapa hari lalu akibat dicederakan oleh anak lelakinya di Kampung Baru Sri Muda, Sungai Korok, Jitra, Rabu lalu, wanita itu juga turut merayu untuk dibenarkan keluar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata wanita 64 tahun itu sebelum ini mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB selepas mengalami kecederaan akibat kejadian itu.

Mak Tom Sebak Kenang Arwah Suami

Bagaimanapun, katanya, mangsa mohon keluar dari HSB, pada 12.05 tengah hari, Khamis lalu.

“Mangsa sebelum ini dirawat di Hospital Jitra (HJ) sebelum dirujuk ke HSB.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami cedera di beberapa bahagian tubuh badan iaitu patah beberapa tulang bahagian kanan muka, tiga jari tangan kanan dan mata kiri,” katanya.

Rabu lalu, mangsa, Tom Wahid, 64, dan suaminya, Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, cedera selepas dipukul dan ditetak anaknya dengan gergaji dan alat penimbang air.

Tom kemudian meminta bantuan jirannya dan memaklumkan kejadian sebelum anaknya ditahan polis di depan rumah mereka, pada hari kejadian.

Bagaimanapun, Mohd Tarmizi disahkan meninggal dunia, pada 12.35 pagi, Khamis lalu.

Hasil laporan bedah siasat mendapati dia meninggal akibat serangan jantung.

Berikutan itu, polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata tajam.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih