Luahan TS Muhyiddin ‘Bodoh Tuduh Saya Mahu Jatuhkan Kerajaan’

Luahan TS Muhyiddin ‘Bodoh Tuduh Saya Mahu Jatuhkan Kerajaan’

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] “Bodoh,” demikian ungkapan yang diucapkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap mana-mana pihak yang mendakwa beliau mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan selama 40 tahun dan tidak boleh diterima akal untuknya memusnahkan apa yang dibina selama ini, lapor Malaysiakini.

“Saya tidak akan cuba menjatuhkan kerajaan yang pernah saya bantu bina. Itu bodoh,” katanya secara terbuka di mesyuarat perwakilan Umno Semporna, hari ini.

Terdahulu, tanpa menamakan sesiapa, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk Umno.

Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui ‘jalan belakang’.

Muhyiddin dipetik berkata, beliau tidak akan meminta sesiapa di Semporna turun ke jalan raya untuk melakukan demonstrasi

“Saya takkan buat apa yang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim buat. Saya tidak akan jatuhkan kerajaan,” katanya lagi.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Muhyiddin berkata, persidangan perwakilan Umno merupakan platform penting untuk ahli parti menyuarakan pandangan masing-masing bagi memperkukuhkan parti.

Muhyiddin menambah, persidangan yang diadakan setiap tahun itu dapat dimanfaatkan untuk mengutarakan pelbagai pandangan atau idea yang boleh memperkasakan lagi Umno yang merupakan teras kepada kerajaan BN.

“Dalam forum ini kita dapat mengutarakan pandangan-pandangan yang kita anggap penting,” katanya semasa merasmikan persidangan Perwakilan Umno Bahagian Semporna, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, suara daripada peringkat akar umbi adalah sangat penting untuk didengar oleh pucuk pimpinan kerana perjuangan Umno bukan sahaja untuk ahli parti, tetapi untuk semua rakyat yang ada di negara ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. lapor Sinar Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih