Luahan Rafizi ‘Orang Asyik Tanya Saya Bila Najib Nak Jatuh’

Luahan Rafizi ‘Orang Asyik Tanya Saya Bila Najib Nak Jatuh’

KUALA LUMPUR – Soalan yang kerap ditanya sejak kebelakangan ini adalah ‘bila (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan jatuh’.

Malah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa soalan itu ditanya oleh penyokong Umno sendiri.

“Orang-orang saya selalu tanya, bila Najib nak jatuh. Saya kenal jiran-jiran saya, (penyokong) Umno semua ini.

“Mereka yang setiap hari tanya saya bila Najib nak jatuh?,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Solat Hajat dan Himpunan Rakyat di Pandan Indah, malam tadi.

Tegasnya, pembangkang melawan Umno-BN bukan semata-mata kerana tidak suka akan perdana menteri itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya sistem di dalam parti pemerintah itu sendiri yang sudah rosak.

“Kalau tukar perdana menteri pun, letaklah Zahid (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Muhyiddin (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin), hatta letak menteri paling cerdik pun, kita tak akan selamat.

“Sebab yang menjadi perdana menteri itu kawal semua. Polis, SPRM, hakim dia punya. Sebab itu kalau nak selamatkan Malaysia, nak beri ekonomi pulih kembali, nak letak orang yang makan rasuah dalam penjara, hanya ada satu jalan sahaja iaitu kita kena kalahkan Umno-BN.

Selagi kita tidak ubah kerajaan, sistem tidak berubah. Baik daripada Najib ke, dulu Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad), Pak lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), selepas ini Zahid ke…sama sahaja. ,” katanya.

Malah beliau menyeru semua pihak mengetepikan semua perbezaan dan masalah demi menyelamatkan negara ini. lapor Sinar Online.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!