Luahan Nazir Razak Gesa Penyelesaian Penurunan Ringgit

Luahan Nazir Razak Gesa Penyelesaian Penurunan Ringgit

SHAH ALAM – Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak menggesa pasukan kewangan supaya bertindak terhadap penurunan nilai ringgit yang disifatkan semakin membimbangkan kini.

“Pasukan kewangan terbaik, boleh dipercayai dan berpengalaman dalam pengurusan krisis perlu diletakkan dalam pasaran segera,” katanya dalam sebuah perkongsian di laman sosial Instagram, hari ini.

Beliau yang juga merupakan adik bongsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberitahu, dalam keadaan pada masa kini bukanlah masa yang sesuai untuk berhadapan dengan isu politik.

“(Sekarang) waktu yang teruk untuk terganggu oleh politik dan terlalu banyak liputan negatif oleh media antarangsa,” kata beliau melalui akaun @nazir.razak.

Sebelum ini, beliau melalui akaun sama memberi peringatan supaya semua pihak berusaha memelihara dan melindungi institusi walaupun berlaku pergolakan politik.

Nilai matawang Ringgit Malaysia menurun sehingga mencecah RM4 sedolar pada jam 1.05 tengah hari semalam dan ditutup rendah pada RM4.04 sedolar pada jam 5 petang hari yang sama. lapor Sinar Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih