Luahan Mangsa Diskriminasi “Awak Muslim, Baik Awak Diam Sahaja”

Luahan Mangsa Diskriminasi “Awak Muslim, Baik Awak Diam Sahaja” | New York – Seorang pelajar muslimah mendakwa menjadi mangsa diskriminasi apabila permintaannya untuk mendapatkan satu tin Diet Coke yang belum dibuka ditolak pramugari ketika dalam penerbangan dari Chicago ke Washington.
Tahera Ahmad merupakan Ketua Hubungan Antara Agama di Universiti Northwestern di Chicago meluahkan perasaanya di laman media sosial terhadap pramugari syarikat penerbangan United Airlines.
“Minta maaf, saya tidak boleh memberi tin yang belum dibuka, jadi tidak ada Diet Coke untuk anda.
“Kami tidak dibenarkan untuk memberi tin yang belum dibuka kepada orang ramai kerana mereka boleh menggunakannya sebagai senjata di dalam pesawat,” kata pramugari berkenaan seperti didakwa Tahera yang kemudian melihat seorang penumpang lelaki di sebelahnya diberi air tin bir yang belum dibuka.
Insiden tersebut bertambah teruk apabila pramugari tersebut menjadikan penumpang lain sebagai saksi sama ada dia melakukan perbuatan berunsur diskriminasi dan kurang ajar.
“Awak Muslim, baik awak berdiam sahaja. Ya, awak akan menggunakannya (tin yang telah dibuka sebagai senjata), jadi baik awak berdiam,” jerit seorang penumpang lelaki sambil melihat ke wajah wanita tersebut.
United Airlines telah membuat satu kenyataan media kelmarin yang menyatakan pramugari yang bertugas untuk Shuttle America flight 3504 tersebut telah mencuba beberapa kali untuk memenuhi permintaan minuman Tahera selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka.
“Petugas-petugas pernerbangan juga telah bertemu dengan Tahera sejurus selepas penerbangan itu tiba di Washington dengan memberi bantuan dan penerangan mengenai isu tersebut,” kata kenyataan tersebut.
Difahamkan, syarikat penerbangan tersebut juga telah meminta maaf  terhadap penumpang wanita tersebut kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya.
Walaubagaimanapun, Tahera dilaporkan telah menerima ugutan daripada pihak tertentu termasuk percubaan untuk menggodam akaun Facebook, Twitter and e-melnya.
Susulan itu, insiden tersebut juga mencetuskan rasa tidak puas hati dan marah dalam kalangan penguna sosial media
Rata-rata penguna media sosial juga menyeru semua untuk memboikot syarikat penerbangan tersebut dengan mencipta ‘hashtags’ di laman sosial Twitter.
Difahamkan, Tahera akan berkongsi pengalamannya itu di stesen televisyen, Al Jazeera.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih