Luahan Hati Najib ‘Saya Sedih Dengan Berita Kehilangan Itu’

Luahan Hati Najib ‘Saya Sedih Dengan Berita Kehilangan Itu’

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menzahirkan perasaan sedih beliau terhadap berita kehilangan sebuah kapal tangki petrol milik rakyat Malaysia.

Najib berkata, kerajaan akan menggunakan segala keringat dan bantuan yang diperlukan bagi menyelamat mereka.

“Saya sedih dengan berita rampasan sebuah kapal tangki milik rakyat Malaysia. Saya berdoa untuk keselamatan 22 anak-anak kapal di mana 16 daripadanya adalah rakyat Malaysia. Fikiran saya dengan keluarga mereka.

“Kerajaan akan memberi segala bantuan yang diperlukan,” tulisnya di laman Twitternya hari ini.

Terdahulu laporan menyebut sebuah kapal tangki membawa petrol milik rakyat Malaysia dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis lalu.

Laporan terbaharu menyebut bahawa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan ia diteruskan pagi ini meliputi kawasan pencarian seluas 20,000 kilometer persegi.

Pengarah Operasi Wilayah Maritim Selatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad berkata, kawasan pencarian melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.

“Kapal MT ORKIM HARMONY sejenis kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa muatan petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

“Laporan kehilangan kapal telah dibuat oleh syarikat kapal tersebut Orkim Ship Management Sdn Bhd pada pukul 6.30 pagi 12 Jun lepas,” katanya dalam satu kenyataan,.

Katanya terdapat 22 kru berumur antara 20 hingga 64 tahun dalam kapal itu terdiri daripada 16 warganegara Malaysia, lima warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar.

Ibrahim berkata, pihaknya turut memanjangkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa Singapura iaitu Singapore Police Coast Guard (SPCG) dan juga pihak berkuasa Indonesia Badan SAR Nasional (BASARNAS) serta Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLARI). lapor Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih