Luahan Hati Isteri Arwah Mr. Os Yang Membuat Anda Menitis Air Mata…

Luahan Hati Isteri Arwah Mr. Os Yang Membuat Anda Menitis Air Mata…

Assalamualaikum….dah 5 hari kepulangan Allahyarham suami sy Mr Os ke rahmatullah…takpe lah sy redho…cuma teringat kata2 Allahyarham beberapa minggu sebelum beliau kembali ke penciptanya ?U.. (panggillan Allahyarham kpd sy)bila sy mati nnt, hari pertama, satu Malaysia sedih dan banyok org kirim alfatihah utk sy..

jadi viral masing2 share artikel ,tengok la berapa banyok likes dema dpt….hari kedua ketiga kematian sy ,masih ada lg saki baki cerita sy di mulut org …hari ke empat dan seterusnya org dah mula lupa…sahabat , saudara mara , kaum keluarga dah tak sedih lg…tinggal awak je U menangis dlm bilik ni sorang2?….Lepas tu bermulalah kepayahan awak menguruskan tanggungjawab yg sy tinggalkan utk awak………..

Ye…memang benar apa yg di sebutnya ?….sehari dua ni sy dah mula berurusan,sementara anak masih belum mula meneruskan persekolahan dan anak yg dr Mesir pulang ke Malaysia sekejap(tq kepada seorang insan yg mulia menaja kepulangan ank sy dr Mesir)..cepat2 sy uruskan apa yg patut…

Ya Allah …sukarnya nk uruskan semua ni…bermula dgn urusan Tabung Haji mcm2 prosedur yg terpaksa sy lalui yg kadang2 pada sy tak masuk akal…kemudian urusan zakat wilayah pun sama…yg dulunya mudah jika Allahyarham suami sy yg urus tp kini susah…susah…klu dulu berebut2 org nk tolong oleh kerana suami sy bernama Mr Os tapi sekarang entahlah….di situ sy mula nampak keikhlasan manusia bekerja….

Hari seterusnya kelak sy akan berurusan dengan bank pula…urmmm tak tau apa lg ranjau duri yg akan sy lalui demi utk kebajikan ank2 yatim yg diamanahkan utk sy ni…Allahuakhbar?

Bukan simpati yg saya ingin kan cuma doa dari sahabat semua agar mudah sy berurusan…sy berdoa juga agar rezeki kami anak beranak dipermudahkan kerana selama ini sy memang bergantung sepenuhnya pd Allahyarham suami … di ketika ini sy hanya ada Allah tempat sy mengadu…

Di sini juga sy nak ucap banyok2 terima kasih kepada semua saudara mara,MAIPk ,ustaz2,sahabat2 Allahyarham yg tidak putus2 mendoakan kesejahteraan Allahyarham…mohon jangan berhenti berdoa ?…

InsyaAllah sy akan meneruskan kehidupan dan menjadikan impian Allahyarham agar anaknya menjadi seorang doktor yg berkhidmat kerana Allah dan impian beliau agar ank lelakinya menjadi seorang ustaz…semuga amanah yg ditinggalkan untuk sy sambung sebagai salah satu amal jariahnya dan akan berterusan mengalir umpama air sungai di taman2 syurga….Amin

Sumber: Rahayu Muhamed Nadzir

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih