Luahan Hati DS Anwar Ibrahim “Janganlah Dera Keluarga Saya”

Luahan Hati DS Anwar Ibrahim “Janganlah Dera Keluarga Saya”

Kuala Lumpur – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara merayu menteri dalam negeri supaya membenarkan keluarganya dan peguam berjumpa dengannya.

Dalam satu pesanan lisan ringkas selepas muncul di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini, Anwar meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak “mendera” ahli keluarganya dengan menyekat akses mereka kepadanya.

“Saya minta pertimbangan Zahid berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.

“Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah… bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.

“Saya minta Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam,” kata Anwar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih