Live Streaming Tampines Rovers Vs FELDA United Piala AFC

Powered by WP Review

tampines rovers vs felda united

Live Streaming Tampines Rovers Vs FELDA United Piala AFC – Jurulatih sementara FELDA United FC, Mohamad Nik mengakui betapa beliau sudah mempunyai strategi untuk berdepan Tampines Rovers pada aksi pembukaan Piala AFC di Stadium Jalan Besar, esok.

Katanya, strategi terbaik perlu dilakukan dalam memastikan skuad The Fighters bangkit dalam saingan Piala AFC selepas aksi kurang menyerlah dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Live Streaming Tampines Rovers Vs FELDA United Piala AFC

“Setiap perlawanan, kita akan buat analisa pasukan lawan terlebih dulu untuk kita merangka satu strategi terbaik. Saya pun sudah dapat gambaran bagaimana Tampines Rovers bermain, sama ada ketika mereka menyerang atau bertahan.

“Kami perlu bangkit dari prestasi hambar liga, kami tidak mahu tewas di Piala AFC,” katanya yang mengendalikan FELDA United selepas peletakan jawatan Azmi Mohamed pada 10 Februari lalu.

FELDA United layak buat kali pertama ke Piala AFC selepas muncul naib juara Liga Super musim lalu dan berada dalam Kumpulan G bersama Tampines Rovers, Hanoi FC (Vietnam) dan Ceres Negros FC (Filipina).

Selain itu, Mohamad turut berkata beliau perlu melakukan beberapa rombakan pemain apabila berdepan wakil Singapura itu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih