Lirik berunsur lucah, RTM henti siar lagu Despacito di semua stesen radio dan TV

Lirik berunsur lucah, RTM henti siar lagu Despacito di semua stesen radio dan TV – RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Lirik berunsur lucah, RTM henti siar lagu Despacito di semua stesen radio dan TV

Lirik berunsur lucah, RTM henti siar lagu Despacito di semua stesen radio dan TV

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu itu di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta ” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

Sumber: Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih