Lelaki Ini Teruja Beli Saga Aeroback Hanya RM280

Lelaki Ini Teruja Beli Saga Aeroback Hanya RM280 – SEORANG blogger automatif dari Britain telah membeli sebuah Proton Saga Aeroback dengan harga 50 pound atau RM280, baru-baru ini.

Teruja beli Saga Aeroback RM280

Ia bersama Proton Saga Aeroback yang dibelinya.

Lelaki Ini Teruja Beli Saga Aeroback Hanya RM280

Menurut laporan Malaysian Digest, Ian Seabrook mengatakan kereta tersebut sudah mempunyai banyak bahagian yang tidak berfungsi.

Kata Ian, beliau tidak sabar menjalankan operasi membaik pulih (restoration) kepada kereta berkenaan.

“Kereta ini mempunyai bahagian bonet yang cantik. Saya suka akan bentuknya,” katanya melalui saluran Youtube beliau, ‘Hub Nut’.

Menurut Ian lagi, kereta tersebut adalah kereta Malaysia kedua yang dibelinya.

Pada 2016, Ian telah membeli Perodua Kancil dan telah memuat naik video ‘review’ mengenai kenderaan tersebut di saluran Youtubenya. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin