Lelaki Ini Bedah Mulut Sendiri

Lelaki Ini Bedah Mulut Sendiri

Beijing: Seorang lelaki berusia 41 tahun melakukan 10 pembedahan ke atas dirinya untuk membuang ketumbuhan dari mulutnya dengan menggunakan peralatan bedah yang dibeli di hospital, termasuk gunting, pisau bedah dan forsep.

Lelaki dikenali sebagai Yu itu melakukan pembedahan di tandas rumahnya dengan menggunakan lampu suluh untuk melihat bahagian dalam mulutnya bagi membolehkan dia memotong sedikit demi sedikit ketumbuhan berkenaan.

Yu berkata, dia mensterilkan peralatan digunakan sejurus sebelum membuat pembedahan dan setiap proses itu mengambil masa setengah jam.

Katanya, dia dan isteri bekerja, namun gaji diperoleh tidak seberapa selain mempunyai anak perempuan yang masih kecil.

“Saya tiada pilihan. Ini kaedah terbaik buat masa ini,” katanya. lapor myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih