Lelaki Berpakaian Ala ‘Pengebom Berani Mati’ Diburu Polis

Lelaki Berpakaian Ala ‘Pengebom Berani Mati’ Diburu Polis

Lelaki Berpakaian Ala ‘Pengebom Berani Mati’ Diburu Polis – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang berpakaian seperti pengebom berani mati ketika menghadiri satu parti di Damansara Perdana, 28 Oktober lalu. Polis mencari lelaki berpakaian pengebom berani ketika menghadiri parti di Damansara Perdana dekat sini 28 Oktober lalu.

Lelaki Berpakaian Ala ‘Pengebom Berani Mati’ Diburu Polis

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, lelaki tersebut didapati menaiki lif di sebuah kondominium ketika menghadiri parti Halloween.

Menurutnya, tindakan lelaki berkenaan menimbulkan kegusaran penduduk setempat kerana berpakaian sensitif terhadap pandangan umum.

“Polis menerima laporan daripada penduduk di kawasan tersebut hari ini. Berdasarkan maklumat lelaki tersebut berkemungkinan dari negara Arab atau India berdasarkan perwatakan dan gambar yang diberikan penduduk dan suspek kini giat dikesan,” katanya.

Mohd. Zani berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan Online

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih