“Larangan Yang Tular Tidak Benar” – Sultan Johor

"Larangan Yang Tular Tidak Benar" - Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyangkal arahan melarang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa selepas jam 10 malam, seperti yang ditularkan di media sosial.

Dalam kenyataan rasmi, Sultan Ibrahim yang dipetik dari laman Facebook baginda menolak kenyataan palsu tersebut.

“Larangan Yang Tular Tidak Benar” – Sultan Johor

“Sultan Ibrahim menyangkal dan menolak kenyataan palsu yang sedang disebarkan di media sosial.

“Harap maklum bahawa pihak istana tidak mengeluarkan arahan tersebut,” petik kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Johor.

Arahan terbaru itu mula ditularkan susulan tragedi yang meragut nyawa lapan remaja berbasikal awal pagi Sabtu lalu.

“Larangan Yang Tular Tidak Benar” – Sultan Johor

Arahan tersebut antara lain sekiranya didapati berlaku, kanak-kanak tersebut dan ibu bapanya akan menjalani sesi kaunseling selama 2 bulan tanpa kompromi dan ibu bapa mungkin dipenjarakan atau saman RM5,000 kerana gagal mengawal tingkah laku anak masing-masing.

Pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada ibu bapa yang ingkar dengan arahan ini. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous