Lapan Maut, 40 Cedera Nahas Tiga Kenderaan di PLUS

Lapan Maut, 40 Cedera Nahas Tiga Kenderaan di PLUS – PERAI- Lapan maut manakala 40 mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas dan sebuah van kilang di Kilometer (KM) 147.0 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada kira-kira jam 6.02 pagi.

Lapan Maut, 40 Cedera Nahas Tiga Kenderaan di PLUS

“Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 6.19 pagi.

 

“Kemalangan melibatkan dua bas kilang dan sebuah van kilang dengan anggaran mangsa seramai 40 mangsa dan difahamkan lapan mangsa meninggal dunia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Difahamkan, kesemua mayat mangsa yang maut dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih