Lagi Insiden Eskalator: Video Viral Kanak-kanak Jatuh Tingkat 2

Lagi Insiden Eskalator: Video Viral Kanak-kanak Jatuh Tingkat 2

Rusia -Sebuah video viral terbaharu yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun terjatuh dari tingkat dua ketika bermain di eskalator.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Rusia ini, kanak-kanak berkenaan sedang bermain di pusat beli-belah Solnechny di Novy Urengoy, sebelum terjatuh dari tingkat dua selepas berpaut di eskalator di situ.

Ibu saudara kanak-kanak itu yang sedang leka bercakap di telefon bimbit dilihat sempat memegang tangan anak kecil itu sebelum ia terlepas dari genggamannya.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang dikenali sebagai Linara itu dilaporkan terselamat selepas dikejarkan ke hospital berdekatan.

Doktor memberitahu kanak-kanak itu sangat bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dan akan sembuh dalam masa terdekat.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih