Kuota Haji Malaysia 2017

Powered by WP Review

Kuota Haji Malaysia 2017 Lembaga Tabung Haji (TH) belum menerima sebarang surat pengesahan rasmi daripada Kementerian Haji Arab Saudi mengenai pengumuman penarikan semula pengurangan kuota jemaah haji yang dilaksanakan sejak 2013.

“Pihak TH akan memaklumkan kepada semua setelah mendapat pengesahan rasmi daripada Kementerian Haji Arab Saudi kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu juga menjelaskan, kuota jemaah haji asal Malaysia adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia seperti dalam laporan statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu seramai 27,900 jemaah.

kuota haji

Kuota Haji Malaysia 2017

“Pada 2013, Kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota tersebut sebanyak 20 peratus bagi semua negara atas faktor kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram.

“Kuota Malaysia dikurangkan kepada 22,320 jemaah, sejak 2013 sehingga 2016,” katanya.

Media Arab Saudi, Al-Arabiya melaporkan, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz meluluskan cadangan untuk menambah kuota jemaah haji pada musim depan.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammed Saleh dalam satu kenyataan turut mengesahkan perkara tersebut dan ia akan dilaksanakan mengikut peraturan ditetapkan.

Tahun lalu, seramai 1,325,372 jemaah asing bersama 537,537 jemaah tempatan melaksanakan Rukun Islam Kelima dan jumlah tersebut adalah yang paling sedikit pernah direkodkan sejak 10 tahun lalu. – Sinar Harian

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih