“Krisis Al-Aqsa Mesti Selesai Sebelum Jumaat” – Kata Dua PBB

“Krisis Al-Aqsa Mesti Selesai Sebelum Jumaat” – Kata Dua PBB – NEW YORK, 1 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta konflik yang berlaku di Masjid Al-Aqsa yang berpunca dari Israel mesti diselesaikan sebelum Jumaat ini.

"Krisis Al-Aqsa Mesti Selesai Sebelum Jumaat"

“Krisis Al-Aqsa Mesti Selesai Sebelum Jumaat” – Kata Dua PBB

Penyelaras Khas Proses Damai Timur Tengah PBB, Nickolay Mladenov berkata, krisis yang berlaku ini amat penting diselesaikan dengan segera kerana bimbang kawasan tempat suci itu akan menjadi lebih teruk.

“Bahaya di kawasan Al-Aqsa akan meningkat jika kita melalui satu lagi kitaran solat Jumaat tanpa resolusi kepada krisis semasa ini,” katanya kepada pemberita pada hari Isnin selepas memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB secara tertutup.

Beliau juga menekankan kepentingan bersetuju dengan langkah-langkah di masa depan untuk mengelakkan berlakunya peningkatan krisis dan memastikan penghormatan terhadap undang-undang di tapak suci itu.

Ketegangan telah meningkat sejak Israel memasang alat pengesan logam dan kamera CCTV di pintu masuk ke masjid al-Aqsa selepas dua pengawal polis Israel ditembak mati oleh lelaki bersenjata di sana pada 14 Julai. – Agensi

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih