KPWKM Buat Laporan Polis ‘Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu’

KPWKM Buat Laporan Polis ‘Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu’

Putrajaya – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Jumaat menafikan ia mempunyai kaitan dengan ‘Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu’ seperti yang tersebar menerusi media sosial.

Kementerian dalam satu kenyataan menyatakan ia kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama, logo serta laman web kementerian di poster program tersebut.

“Susulan daripada itu, kementerian telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bagi siasatan lanjut,” tambah kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan meminta penyebarannya dihentikan, lapor Bernama.

Program-1ayah-2ibu-mydebat

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...