Kos Jet Peribadi RM40.8 Juta Bukti Najib Kuat Bekerja – Kata Jamal

Kos Jet Peribadi RM40.8 Juta Bukti Najib Kuat Bekerja – Kata Jamal

Kuala Lumpur – Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata kos pesawat sepanjang enam bulan sebanyak RM40.8 juta adalah tanda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seorang yang kuat bekerja.

“Bagi saya kos pesawat sepanjang enam bulan sebanyak RM40.8 juta, itu menandakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang yang kuat bekerja.”, kata Jamal.

Jamal berkata demikian ketika mengulas berkenaan kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini yang mana mendakwa Najib cuma menyembunyikan perbelanjaan jet ACJ320 yang dianggarkan sebanyak RM40.8juta.

“Beliau (Najib) bersungguh-sungguh bekerja untuk negara ini‎, tanggungjawab beliau besar,” katanya memetik laporan dari Sinar Online.

Jamal juga meminta Rafizi untuk menampilkan bukti sekiranya wujud salah laku ketika penggunaan pesawat tersebut.

“Bawa sekali dokumen yang sah, jangan ia menjadi seperti dakwaan-dakwaan dahulu seperti kes cincin isteri Perdana Menteri yang dikatakan sebanyak RM 24 juta, tetapi akhirnya hanya fitnah kerana kata Rafizi dia hanya bergurau dalam isu itu.

“Oleh itu, jangan hanya pandai bercakap kosong, bawa sekali bukti,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih