Kontroversi Malaysia VS Hong Kong.. Pemain Malaysia Nak ‘Belasah’ Pengadil!

Kontroversi Malaysia VS Hong Kong.. Pemain Malaysia Nak ‘Belasah’ Pengadil! – Jika Malaysia gagal memanfaatkan peluang di tempat sendiri, Hong Kong pula gagal memanfaatkan penalti pada masa kecederaan yang dihadiahkan pengadil kepada mereka.

Perlawanan separuh masa pertama lebih dikuasai oleh pasukan Hong Kong. Namun kedua-dua pasukan bergelut di hadapan gol. Hong Kong sangat tumpul sepanjang perlawanan walaupun mendapat banyak peluang gol.

Kontroversi Malaysia VS Hong Kong.. Pemain Malaysia Nak ‘Belasah’ Pengadil!

Pada separuh masa kedua, Malaysia memperbaiki corak permainan mereka. Melihatkan asakan demi asakan yang dilancarkan Malaysia, Hong Kong meningkatkan intensiti mereka.

Selepas beberapa kali Hong Kong melepasi garisan akhir pertahanan, akhirnya mereka mendahului pada minit ke-53 menerusi Alessandro Leonardo.

Malaysia memberikan respon yang positif apabila 3 minit berselang, Syazwan Zainon menjaringkan gol dengan ‘taping’ daripada sebelah kanan gol Hong Kong.

Malaysia cuba mencari gol kemenangan dan Hong Kong mulai lebih aktif untuk menyerap serangan Malaysia dan melancarkan serangan balas.

Hong Kong ternyata mengguakan kelebihan fizikal mereka dan kepantasan pemain sayap kiri mereka.

Vingada cuba menambahkan pemain di serangan dengan memasukkan Hazawan Bakri. Namun Malaysia masih gagal menambah sebarang gol.

Rizal Ghazali dilayangkan kad merah pada minit ke-89 selepas masuk ke dalam padang tanpa kebenaran pegawai perlawanan.

Pada masa kecederaan, pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Hong Kong. Aidil pula dilayangkan kad merah kerana ‘menyerang’ pengadil.

Hafizul Hakim jelas pemain terbaik perlawanan apabila menyelamatkan penalti tersebut. Beliau juga banyak menyelamatkan beberapa cubaan daripada pemain lawan

Selepas 2 perlawanan, Malaysia di tangga ke-4. Ini adalah mata sulung dan mata tunggal Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Asia kali ini selepas 2 perlawanan.

[ Ini Kata-Kata Ayahanda Yang Membuat Ramai Para Suami TERKEDU!! ]

Kredit: semuanyabola.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih