Komplikasi Pembedahan: Maznah Hamid Dilaporkan Kritikal

Maznah Hamid Dilaporkan Kritikal

Komplikasi Pembedahan: Maznah Hamid Dilaporkan Kritikal – KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam.

Sumber terdekat keluarga memberitahu, ikon wanita itu melakukan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dua saluran jantungnya mengalami masalah.

Komplikasi Pembedahan: Maznah Hamid Dilaporkan Kritikal

“Selepas pembedahan pertama yang mengambil masa hampir enam jam itu selesai, beliau telah dibawa ke ICU (Unit Rawatan Rapi) tiba-tiba berlaku pendarahan dalaman.

“Pasukan perubatan terpaksa melakukan pembedahan kedua bagi menghentikan pendarahan dalaman itu. Pendarahan masih berlaku dan mereka masih memantau keadaan beliau,” katanya.

Buat masa ini, Maznah lebih dikenali Iron Lady masih lagi dalam keadaan kritikal.

Sumber keluarga itu turut merayu kenalan dan orang ramai agar berdoa agar Maznah yang juga Exco Wanita Umno kembali pulih. – Sinar Harian

______________________________________________________________________

GEMPAR…..Akibat Dendam diejek tidak kacak, lelaki cabul, rogol dan bunuh remaja perempuan – JAWA, INDONESIA – Mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui di sawah dalam keadaan separuh bogel dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh, lapor Detik News.

Mangsa, Eka Yuniarti, 15, ditemui di sebuah pondok sawah di Pasuruan pada jam 11 pagi, Selasa lalu dalam keadaan separuh bogel dan terlentang dan kemaluannya berdarah. Selain itu, bahagian mata dan mulutnya didapati mengalami kecederaan.

Polis juga menemui beberapa pakaian milik mangsa dan juga seketul batu yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa.

Susulan penemuan mayat mangsa, polis telah menyoal siasat beberapa individu yang mengenali mangsa. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 17, yang dipercayai telah membunuh mangsa, di rumahnya pada jam 3.50 petang, Rabu.

Berdasarkan siasatan, Muhammad Madinatul Huda, merupakan rakan mangsa, mengaku telah mencabul, merogol dan membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di pondok sawah tersebut.

Suspek berkata, sebelum kejadian itu berlaku, suspek bersama enam lagi rakannya termasuk mangsa dikatakan sedang minum minuman keras sehingga mabuk sekitar jam 9 malam pada Isnin lalu.

Ketika sedang menikmati minuman tersebut, kumpulan itu ternampak sebuah kereta polis yang sedang meronda, menyebabkan mereka semua panik lalu melarikan diri.

Kebetulan mangsa dan suspek lari bersama-sama ke kawasan sawah dan bersembunyi di sebuah pondok. Ketika sedang bersembunyi, suspek telah bertindak meraba-raba mangsa. Mangsa cuba melawan, tetapi tindakannya itu menyebabkan suspek berang lalu menumbuk dan memukul kepalanya dengan batu bata.

Selepas memuaskan nafsunya, suspek sekali lagi memukul kepala mangsa menggunakan kayu dan mencekiknya sehingga mati. Malah, suspek turut menusuk kemaluan mangsa menggunakan sebatang kayu.

“Di waktu tengah malam, saya cekik lehernya dengan kayu dan menghempuk mukanya dengan batu. Semua itu saya lakukan seorang diri tanpa bantuan orang lain.

“Kami sudah saling mengenali sesama diri dan pernah keluar bersama. Saya membunuhnya kerana saya kesal dengan dia (mangsa) yang selalu mengejek saya di depan kekasihnya,” katanya.

Siasatan mendapati, suspek bertindak demikian kerana menyimpan dendam terhadap mangsa yang sebelum ini kerap kali mengejek dia di depan kekasihnya.

Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada empat lagi suspek yang ditahan terlibat dalam jenayah itu.

sumber: thereporter

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih