Kisah SEBENAR Di Sebalik Gambar VIRAL Wanita Tudung Labuh TERSENYUM Dengan Jenazah Anaknya Terjawab !!

Kisah SEBENAR Di Sebalik Gambar VIRAL Wanita Tudung Labuh TERSENYUM Dengan Jenazah Anaknya Terjawab !! | Gambar seorang wanita bertudung labuh tersenyum memangku jenazah anaknya tersebar di laman sosial. Ruqayyah Farhani, memuat naik gambar dirinya memangku jenazah anaknya yang meninggal dipercayai kerana tidak cukup bulan.

Difahamkan, bayinya Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, hanya ‘dipinjam’ selama 14 hari. Namun 14 hari itu sangat bermakna buat Ruqayyah. Bagaimanapun beliau redha dengan apa yang telah tertulis.

“Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi ‘syafaat’ buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :’)

Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.

Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama,” katanya disertakan dengan emoticon menangis dalam senyuman.

Ramai rakan-rakannya mengucapkan takziah dan memberikan sokongan agar Ruqayyah tabah menghadapi dugaan yang diberikan. Sesungguhnya wanita ini sangat tabah orangnya. Sesetengah orang, tidak mampu mengukir senyuman bilamana orang yang disayangi itu telah pergi buat selama-lamanya.

4

5

6

Kami bersimpati dengan pemergian si kecil ini. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak. Al-fatihah… KREDIT THEHYPEMEDIA.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih