Kisah Pokok Soekarno Menjadi Tempat Berteduh di Arafah

tempat berteduh di arafah

Kisah Pokok Soekarno Menjadi Tempat Berteduh di Arafah – Makkah – Saat musim haji terutama menjelang pelaksanaan wukuf, Padang Arafah di Arab Saudi kian dipenuhi jutaan jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia. Di tengah teriknya sinar mentari yang menyengat, di padang pasir yang luas itu terdapat pokok unik, pohon soekarno.

Pohon Soekarno kerap menjadi tempat berlindung dan berteduh para jemaah. Padang Arafah luasnya kira-kira 5.5 x 3.5 km, yang dikelilingi bukit-bukit. Salah satunya adalah Jabal Rahmah, iaitu bukit yang diyakini sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Siti Hawa setelah dipisahkan kembali selama 300 tahun dari syurga.

Kisah Pokok Soekarno Menjadi Tempat Berteduh di Arafah

Lokasi padang Arafah, kurang lebih sekitar 26 km sebelah tenggara Kota Mekah. Jamaah haji suka berlindung di pohon soekarno untuk mengelakkan sinar matahari yang panas. Roso Daras dalam bukunya Soekarno, Sejarah yang Tercecer menuliskan, dinamakan pohon soekarno, sebagai penghargaan bangsa Arab kepada Presiden Republik Indonesia yang pertama itu.

Tak banyak yang tahu asal-usul penamaan pohon ini hingga menggunakan nama Proklamator RI, Soekarno. Namun beberapa sumber mengatakan, penamaan pohon Soekarno merupakan bentuk penghargaan bangsa Arab kepada Presiden Republik Indonesia yang pertama itu.

Soekarno lah yang menggagaskan penghijauan di Padang Arafah. Konon, Soekarno pula yang memilihkan jenis tanaman, sehingga menyiapkan sebuah pasukan penghijauan di Arafah. Gagasan Soekarno berjaya. Padang tandus dengan permukaan batu cadas nan gersang, berjaya dihijaukan.

Raja Fahd, ketika itu sangat berterima kasih dan mengabadikan nama “pokok soekarno” untuk pokok-pokok yang sekarang menghijaukan kawasan di Arafah tersebut.

Kisah Pokok Soekarno Menjadi Tempat Berteduh di Arafah

Di Indonesia, jenis pokok yang ditanam di Arafah itu dinamakan pohon mimba. Selain daunnya berkhasiat untuk mengubati cirit-birit, pokok ini juga sangat tahan hidup di daerah tandus, walaupun dalam suhu udara yang panasnya ekstrem.

Ada yang menyebut nama pohon soekarno itu berjenis mindi. Maklum, pokok mindi dan mimba memang berasal dari rumpun yang sejenis.

Dulu ada dua gagasan besar Presiden Soekarno di Arab Saudi waktu itu, iaitu penanaman pokok di Arafah dan pembuatan tiga jalur tempat sa’i, lari-lari kecil bolak-balik tujuh kali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan sebaliknya. Agaknya, gagasan itu direspons Pemerintah Kerajaan Arab Saudi. Oleh itu, kini tempat sa’i antara Bukit Safa dan Marwa terbahagi menjadi tiga jalur.

Jalur pertama adalah dari Bukit Safa ke Bukit Marwa. Jalur kedua adalah dari Bukit Marwa ke bukit Safa. Jalur ketiga berada di tengah-tengah antara jalur pertama dan kedua yang diperuntukkan bagi orang-orang yang sudah uzur atau cacat fizikal dengan menggunakan kerusi roda.

Kisah Pokok Soekarno Menjadi Tempat Berteduh di Arafah

Kini, pada musim haji seperti sekarang, di bawah pohon-pohon Soekarno biasanya dipasang khemah-khemah untuk pneginapan sementara para jemaah di Arafah. Khemah-khemah tersebut dipersiapkan menjelang wukuf yang bermula pada 9 Zulhijjah setelah salat Zuhur. Puncak acara wukuf dipusatkan di Masjid Namirah yang terletak tepat di tengah-tengah Padang Arafah.

Selain di Arafah, khabarnya pohon Soekarno juga ditanam di beberapa kawasan lain seperti di laman Muzium Kaabah, di sekitar Masjid Aisyah, Tan’im dan di sepanjang jalan kota Mekah. Di kawasan-kawasan tersebut pohon Soekarno dipotong berbentuk bulat, tirus, atau bentuk-bentuk cantik lain. – www.satuislam.org

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih