Kisah Budak 17 Bulan Gigit Ular Kapak Berbisa Sampai Mati Jadi Viral

Kisah Budak 17 Bulan Gigit Ular Kapak Berbisa Sampai Mati Jadi Viral

Seorang budak lelaki berusia 17 bulan, Lorenzo menjadi viral di Brazil selepas dia menggigit seekor ular kapak berbisa di kepala sehingga mati.

Memetik cerita di laman web Oddity Central, budak itu ketika kejadian sedang bermain-main dengan anjing peliharaan keluarganya di bandar Mostardas di negeri Rio Grande do Sul, Brazil sebelum terseremak dengan ular kapak berkenaan.

Ibunya, Jaine Ferreira Figueira pada ketika itu sedang melakukan kerja di dalam rumah terdengar bunyi bising sebelum keluar memeriksa keadaan anaknya itu, dan mendapati anaknya di dalam bilik dengan kepala ular itu di dalam mulut anaknya serta darah yang berlumuran di bajunya.

Dia kemudian berteriak memanggil suaminya Lucier, dan bergegas membawa Lorenzo ke Hospital Sao Luizyang terletak 175km dari Porto Alegre. Ular itu diletakkan keluarganya di dalam bekas bagi memudahkan doktor mengenalpasti penawar apa yang digunakan untuk bisa ular berkenaan.

Bagaimanapun, tidak banyak yang perlu dilakukan kerana apabila doktor gagal menemui apa-apa ketika memeriksa tubuh budak itu untuk kesan gigitan ular.

Pemeriksaan juga mendapati tiada bisa ular kapak di dalam badannya.

Yang menjadi korban dalam kejadian itu ialah ular kapak berkenaan.

“Budak itu menggigit ular itu begitu dekat kepalanya menjadikan ular itu tidak mampu bergerak sekaligus mengelakkan daripada ia mematuk kanak-kanak itu.

“Budak itu sebenarnya amat takut, dan ia adalah satu reaksi pertahanan diri yang diambil atau mungkin ular itu disangka hanya bahan permainan,” kata Dr Gilmar Carteri.

Pada mulanya, keluarga Lorenzo mengesyaki anjing mereka yang telah membunuh ular itu, tetapi pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu yang membunuh ular berkenaan.

Ular kapak begitu banyak hidup di negara Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina dan Paraguay.

Patukannya boleh membunuh mangsa jika lambat mendapatkan rawatan kecemasan. – PRU14.tv

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih