Kilang Peluru Peninggalan Jepun Yang Ramai Tak Tahu

Powered by WP Review
Kilang Peluru Peninggalan Jepun Yang Ramai Tak Tahu

Kilang Peluru Peninggalan Jepun Yang Ramai Tak Tahu – Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu adalah merupakan saat gelap seperti neraka di muka bumi ini yang dihadapi oleh tok nenek moyang orang-orang melayu dulu. Jepun bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang melayu, bahkan meninggalkan bukti sejarah struktur bangunan seperti rumah, kubu, kilang dan lain-lain. Pada hari ini, orangperak.com ingin berkongsi satu bangunan bersejarah yang menarik dari Menarik Di Kinta yang diselia oleh Program Pusat Internet 1Malaysia Perak Tengah dan Kinta.

Kilang Peluru Di Malim Nawar Peninggalan Jepun

Kilang Peluru Peninggalan Jepun Yang Ramai Tak Tahu

Ramai yang tidak tahu bahawa satu perkampungan di Malim Nawar yang bernama Kampung Tanjung Bangkong ini banyak menyimpan khazanah dan sejarah berkaitan kedatangan dan pendudukan tentera Jepun ke Tanah Melayu di Perak. Salah satu darinya yang masih utuh berdiri teguh di dalam kampung ini adalah kelumbung asap kilang peluru milik tentera Jepun. Tapak peninggalan sejarah ini terletak tersorok jauh di dalam Kampung Tanjung Bangkong.

Kilang Peluru Di Malim Nawar Peninggalan Jepun

Meskipun tapak peninggalan sejarah ini jauh tersorok di dalam kampung, namun ia tidak pernah sunyi dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada rombongan pelajar yang buat kajian dan pembelajaran, pelancong, dan ramai lagi. Kebanyakannya ramai yang datang untuk hanya meninjau kawasan apabila lalu di kawasan tersebut untuk melihat sendiri kawasan peninggalan sejarah pada zaman pendudukan Jepun ini. Kilang Peluru Peninggalan Jepun Yang Ramai Tak Tahu

Kilang Peluru Di Malim Nawar Peninggalan Jepun

Kilang Peluru Peninggalan Jepun Yang Ramai Tak Tahu

Sehingga ke hari ini, masih ada tentera Jepun yang datang secara aman dan berkunjung ke Tanjung Bangkong untuk menziarah serta memberi penghormatan kepada tentera yang terkorban semasa peristiwa perang di Tanah Melayu. Kedatangan mereka tidaklah ramai, tapi ada dan kedatangan mereka ini telah mengukuhkan lagi cerita orang-orang tua yang disampaikan secara lisan sejak dari dahulu lagi.

Kilang Peluru Di Malim Nawar Peninggalan Jepun

Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah nasib dan penderitaan penduduk Kampung Tanjung Bangkong pada ketika zaman pendudukan Jepun dulu. Apa yang pasti, mesti penduduk disana dikerah secara paksa untuk bekerja di kilang peluru tersebut. Dipaksa untuk membuat peluru yang akhirnya akan ditembak kepada dada orang-orang melayu sendiri. Sebaiknya peninggalan ini terus dipelihara untuk tatapan semua agar jadikan ia sebagai pedoman, iktibar dan peringatan buat bersama. – orangperak.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih