Khir Toyo Dimasukkan Ke IJN

Khir Toyo Dimasukkan Ke IJN

Kuala Lumpur – Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dimasukkan ke hospital setelah diserang penyakit jatung dalam satu kejadian pagi tadi.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, bekas menteri besar Selangor itu terjatuh ketika berjogging sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital Selayang dengan ambulan yang tiba tidak lama kemudian bagi mendapatkan rawatan.

Khir Toyo kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

Sumber IJN menjelaskan beliau kini berada dalam keadaan yang stabil, lapor SuaraTV.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih