Khasiat Madu Yang Anda Tidak Tahu.. Bacalah…

Powered by WP Review

Khasiat Madu Yang Anda Tidak Tahu.. Bacalah…

khasiat madu

43 Khasiat Madu Asli

Madu adalah cairan pekat yang dihasilkan oleh lebah ataupun serangga lain dari nektar bunga, menyerupai sirap tetapi rasa yang dihasilkan lebah lebih manis. Rasa manis tersebut hadir karena terdapat substansi monosakarida, glukosa dan fruktosa yang mana ketiganya juga sama memberikan rasa manis pada gula.

Sebahagian besar kandungan madu adalah gula dan jumlah vitamin atau mineral lebih sedikit. Ada pula beberapa senyawa lain yang dianggap sebagai antioksidan seperti chrysin, pinobanksin, katalase dan vitamin C. Kerana hanya ada sedikit kandungan air menyebabkan mikroorganisma tidak boleh berkembang dalam cairan madu.

Masyarakat umum menggunakan madu sebagai penyedap untuk roti bakar atau dicampur dengan air teh supaya ada perisa madu. Ramai juga yang lebih suka minum madu secara langsung tanpa diolah menjadi bentuk lain kerana kandungan nutrisi di dalamnya boleh terus diserap oleh tubuh.

Jika anda kerap mengambil cairan manis ini, tentu anda akan merasakan manfaat kesihatan dari madu, khususnya untuk memelihara kulit bahagian luar. Masalah seperti jerawat, bintik hitam, kulit kering, kulit kusam, mata dan pelbagai lagi boleh dihasilkan oleh adunan madu dengan beberapa bahan lain.

Berikut adalah khasiat madu kepada kesihatan manusia.

  1. Mengurangi gejala alahan dan asma
    Madu merupakan agen anti-inflamasi yang merupakan ubat semulajadi untuk mengurangi gejala alahan dan asma. Di dalam tubuh madu sangat efektif menangani bersin yang diakibatkan oleh alahan terhadap suatu benda.
  2. Mencegah bakteria
    Madu juga agen anti-bakteria yang melindungi tubuh dari jangkitan bakteria penyebab penyakit, jika digunakan sebagai ubat luar semulajadi ia dapat melindungi luka bakar dari serangan bakteria. Di samping itu juga ia mampu menangani bekas luka akibat gigitan serangga, misalnya lebah.
  3. Menurunkan berat badan
    Di dalam madu terdapat tiga kandungan yang sangat diperlukan oleh tubuh, iaitu vitamin, mineral dan asid amino. Ketiga bahan semulajadi ini bertugas sebagai pengoawal berat badan (jika tinggi diturunkan, juga sebaliknya) sehingga menjadikan anda bebas dari obesiti.
  4. Ubat batuk dan radang kerongkong
    Untuk menyembuhkn batuk yang tak kunjung henti disertai rasa gatal pada tenggorokan Anda bisa dengan membuat teh madu yang dicampur lemon, serta air hangat. Sesudah minum teh jangan lupa juga untuk minum air putih agar senyawa pencipta rasa manis dalam madu dan lemon tidak tertinggal di tenggorokan.
  5. Menjaga fungsi saluran pencernaan
    Rutin minum satu gelas susu dengan tambahan dua sendok makan madu hutan sangat baik untuk memelihara fungsi saluran cerna, terlebih jika Anda minum sebelum tidur.
  6. Memberi tambahan tenaga
    Jika tubuh merasa letih disebabkan pekerjaan yang cukup mengerah tenaga, pada waktu rihat, minumlah segelas teh madu tanpa gula. Madu merupakan pembekal tenaga tambahan kerana di dalamnya terdapat kandungan karbohidrat yang cukup banyak.
    Jika Anda seorang atlet, tentu sering bergerak dan tak jarang mengalami kelelahan. Glukosa semulajadi dalam madu akan memberikan dorongan tenaga secara segera.
  7. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
    Tubuh akan lebih kebal terhadap jangkitan bakteria penyebab penyakit jika setiap hari anda berikan nutrin yang cukup. Untuk melengkapkan nutrisi yang kurang, anda perlu mengambil madu sebagai bahan yang wajib setiap hari/.
  8. Mengatasi Insomnia
    Berdasarkan sebuah penelitian, campuran antara kayu manis, halia dan madu yang dijadikan sebagai teh herbal dapat menenangkan tubuh ketika malam hari dilanda insomnia atau susah tidur.
  9. Memelihara rambut
    Madu memang terkenal akan khasiat bagi kesihatan rambut. Anda boleh merawat pertumbuhan rambut, mencegah rambut gugur dan mengelak pelbagai  permasalahan rambut  hanya dengan mengambil madu setiap hari.Berikut ini adalah khasiat madu untuk kecantikan:
  10. Membuang kotoran: Buatlah masker dari madu, kemudian biarkan selama 30 minit hingga kering, kemudian bilas wajah anda dengan air suam menggunakan tuala bersih. Rawatan ini boleh anda lakukan pulang dari kerja, tujuannya untuk membuang kotoran atau partikel debu yang melekat di kawasan wajah.
  11. Mencerahkan kulit: Madu yang dicampurkan dengan tomato boleh dijadikan scrub untuk memutihkan kulit tangan dan kaki. Pertama, anda buat dulu madu dengan tomato yang sudah ditumbuk halus sehingga menjadi pasta tebal. Sapukan pada seluruh kulit tubuh (kecuali muka) dan rihat selama 15 minit agar kandungan dalam kedua bahan bertindak menegangkan kulit, setelah itu bersihkan dan rasakan kesegaran yang dihasilkan.
  12. Menghilangkan bekas jerawat: Madu akan membantu pembentukan kolagen yang dibutuhkan kulit agar tampak lebih muda, selain itu kolagen juga dapat menghilangkan bekas jerawat. Anda bisa mengoleskan madu biasa ke kulit wajah secara teratur.
  13. Perapi rambut semulajadi: Gunakan campuran madu dan minyak zaitun untuk mengusap rambut. Biarkan di kulit kepala dan rambut selama satu jam, kemudian bersihkan dengan air sejuk. Anda akan merasakan rambut berkilau dan lembut dengan pantas.
  14. Melambat penuaan: Satu sendok madu sudah dapat menunda proses penuaan kulit anda. Jika dos ditambahkan, anda akan membantu menghambat penuaan dengan mempertahankan ketegangan dan keelastikan kulit.
  15. Membuat kulit kenyal: Jika anda ingin memiliki kulit halus dan kenyal, cubalah mencampurkan 3 senduk air mawar dengan 1/4 gelas madu. Kemudian aplikasikan pada kulit wajah selama 15 minit. Jika sudah anda bersihkan dengan air jernih. Bersinar-sinarlahlah dan lihat betapa cantiknya pesona anda.
  16. Melembabkan kulit: Madu dapat mengurangi kesan negatif dari kulit yang terbakar oleh matahari. Jika anda wanita yang sering ditugaskan bekerja di luar, sangat penting merawat kulit dengan madu selepas kerja agar kulit tetap terjaga kesihatannya.
  17. Mencuci rambut: Anda boleh campurkan syampu yang biasa anda gunakan dengan madu secukupnya untuk mencuci rambut, anda hanya harus membiarkan kedua bahan melekat pada rambut selama 2 jam agar kandungannya dapat mengubati rambut yang rosak.
  18. Mengubati bekas luka pada wajah: Kombinasikan antara minyak almond, susu tepung, air perahan jeruk nipis bersamaan untuk membuat masker wajah yang dapat mengubati bekas luka. Sebelum digunakan, campuran ketiga bahan tersebut perlu disimpan dalam peti ais selama satu minggu.
  19. Mengatasi Bibir Kering dan Pecah-pecah: Madu jauh lebih baik seperti lip balm karena kehebatannya dalam melembabkan bibir yang kering dan pecah-pecah.
  20. Menjaga Kelembutan Kulit: Buat scrub dari bubuk kacang tanah, madu dan jus lemon. Gosokkan pada kulit tangan dan kaki selama 5 menit kemudian bersihkan. Kacang tanah akan bertugas mengelupas kulit, jus lemon membantu menghilangkan kotoran dan madu akan memelihara kulit tetap lembut.
  21. Mengatasi kulit berkedut: Campuran antara jus bawang yang dicampur dengan madu sangat berkuasa untuk mengatasi kulit berkedut di usia muda.
    Fungsi lain dari madu:
  22. Masker yang sesuai untuk kulit sensitif.
  23. Memberi kesihatan ekstra pada kulit.
  24. Dapat mengubati kurap dengan menambahkan serbuk kunyit.
  25. Jika dicampurkan dengan jus wortel dapat mempertajam daya penglihatan, doktor menyarankan untuk minum setiap pagi.
  26. Dapat mencegah osteoporosis.
  27. Merangsang peningkatan sistem kekebalan tubuh pada pesakit asma yang diberikan madu sebanyak 5 – 6 kali masing-masing 1 senduk sehari.
  28. Memanjangkan usia.
  29. Mengurangkan risiko kanser dan arthritis.
  30. Penghalang implantasi tumor.
  31. Membuat kulit segar dan lembab lebih lama.
  32. Dapat melawan penyakit kuning, biarpun tidak sepenuhnya.
  33. Menambahkan madu pada segelas susu juga dapat meningkatkan jumlah sperma dari kosong hingga ke tahap kesuburan tertinggi.
  34. Stimulan seksual semulajadi yang meningkatkan kejantanan dan kesihatan reproduksi.
  35. Dapat melawan radikal bebas kerana mengandungi antioksidan.
  36. Sangat efektif untuk menghilangkan selulit kerana membantu memetabolisme tubuh.
  37. Meredakan sakit perut yang kosong.
  38. Mengurangkan risiko terhadap serangan jantung.
  39. Mengubati penyakit gastrik.
  40. Mengatasi sakit perut.
  41. Meredakan stres.
  42. Mengatasi hiperaktif pada anak.
  43. Ubat kumur untuk membersihkan kotoran dan kuman.

Kerana khasiat madu terlalu banyak, ia menyebabkan sebahagian orang cuba meraih keuntungan dengan cara yang betul dan juga salah. Ketika ini, banyak madu palsu yang sukar untuk dikenali berada di pasaran. Oleh itu, sebelum anda buat keputusan untuk membeli madu asli, carilah rujukan sebanyaknya mengenai cara membezakan antara madu asli atau palsu.

Sumber

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!