KHAS UNTUK WANITA !! Tanda-Tanda Suami Anda Ingin Kahwin Lagi..

KHAS UNTUK WANITA !! Tanda-Tanda Suami Anda Ingin Kahwin Lagi..

Sebagai isteri, pastinya kita risau jika orang yang kita sayang mula menunjukkan tanda-tanda atau perubahan yang tak seiring dengan kita. Nak kata buang tebiat, adalah juga sedikit. Namun sebagai isteri anda harus sentiasa peka dengan gelagat suami.

Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur. Jom baca tanda-tanda berikut:

Bagi yang rajin sembahyang tu. Tiba-tiba malas pulak nak sembahyang dan macam-macam alasan yang dia bagi untuk menyatakan kenapa dia tidak sembahyang.

  • Gaya pemakaiannya dah macam anak-anak muda.
  • Kalau keluar ‘shopping’ pula selalu pergi sorang-sorang. Nak tunjuk bahawa yang dia tu ‘single’.
  • Selalu tolong sidai kain kat luar ampaian, tapi akhir-akhir ni dah malas dia buat macam tu. Mungkin ada ‘secret admirer’ kat jiran sebelah atau pun rumah budak-budak bujang perempuan yang tak jauh dari rumah.
  • Bila telefon bimbit berbunyi, cepat-cepat dimatikan. Bila ditanya katanya “malas nak layan client.”
  • Kalau menjawab panggilan, dia akan pergi kat luar rumah atau jauh sikit dari kamu. Lepas tu bila bercakap, perlahan je bunyi. Takut bocor lah tu.
  • Selalu kalau kat luar rumah bila pergi berjalan, bergilir-gilir dukung anak kecil. Tapi akhir-akhir ini kalau isteri minta tolong dukung anak sebab keletihan, jawabnya; “Eh! takan I yang nak dukung, malu lah orang tengok.”
  • Kalau tidur selalu membelakangkan isteri (betul ke tak bahasa aku ni), dah tu lambat pulak tidur. Asyik tengok siling je, dah tu senyum sorang-sorang.
  • Selalu balik awal dari ofis. Tapi akhir-akhir ini asyik balik lambat. Katanya sibuk lah, banyak kerja, jalan ‘jam’… bla.. bla… Masa ini, kena periksa kat pejabat dia samada betul atau tak.
  • Biasanya waktu malam selalu ada kat rumah. Lihat anak-anak buat ‘homework’.Tapi akhir-akhir ini dia asyik keluar. Minum ‘tea’ katanya.
  • Hujung minggu biasanya duduk tercongok kat rumah. Tapi akhir-akhir ni hilang je memanjang.
  • Selalunya minuman kegemaran dia adalah kopi ‘O’. Tapi sekarang ini lain pulak dah, banyak jenis kopi yang dia minum. Kopi Tongkat Ali, Kopi Cengkudu, Kopi Jantan dan macam-macam lagi.
  • Yang ini adalah kemuncak tanda-tanda yang dia memang nak pasang lagi satu. Bila tidur asyik mengigau, dah tu asyik sebut “tipah!”  “tipahhhh!”

Bila jadi cam ni jangan lupa ambil tindakan selanjutnya. Jangan sampai dia ambil cuti panjang.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih