Khairuddin Ditahan Polis Kerana 1MDB

Khairuddin Ditahan Polis Kerana 1MDB

Pihak polis malam ini menahan pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di rumahnya selepas menyekatnya dari ke luar negara, tangkapan tersebut dipercayai berhubung laporan antarabangsa yang dibuatnya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan Khairuddin disekat dari ke New York dan London, serta diarahkan ke Bukit Aman untuk diambil keterangan Isnin depan.

“Ya, Khairuddin ditangkap dirumahnya,” kata peguamnya, Matthias Chang kepada The Malaysian Insider selepas dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.

Khairuddin ketika ini sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sumber memberitahu Khairuddin mungkin ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sebelum ini, Khairuddin mendapatkan bantuan penyiasat antarabangsa berhubung siasatan 1MDB dengan membuat laporan polis di London terhadap firma itu dan rakan usaha samanya PetroSaudi International bagi dakwaan pengubahan wang haram.

Khairuddin juga membuat laporan dengan polis Perancis terhadap 1MDB dan mendakwa polis London pernah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya siasatan sedang dijalankan.

Beliau juga mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.

Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

1MDB adalah idea Najib dan perdana menteri juga pengerusi lembaga penasihat syarikat yang dibebani hutang itu dan juga menteri kewangan. lapor themalaysianinsider

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih