Kereta Mewah Biadap Letak Kenderaan Atas Kubur

Kereta Mewah Biadap Letak Kenderaan Atas Kubur – SEORANG pemandu Land Rover mencetuskan kemarahan apabila dia parkir kereta di atas kubur, walaupun terdapat kawasan parkir kereta yang kosong berdekatan.

Letak Kenderaan Atas Kubur

Kereta mewah yang bernilai kira-kira 28,000 Pound Sterling (RM153,185) itu, diparkir di kawasan perkuburan Loughborough, England.

Kereta Mewah Biadap Letak Kenderaan Atas Kubur

Saksi berkata, dia sedang melalui jalan pintas menerusi kawasan perkuburan pada pukul 9.30 pagi ketika dia melihat kereta itu diparkir di atas beberapa kubur.

“Ia memalukan dan menunjukkan tiada kehormatan di dalam dirinya,” katanya.

“Saya sangat terkejut apabila melihatnya. Salah satu kubur itu terdapat bunga segar dan satu lagi kubur seolah-olah baru sahaja diletakkan bunga.

“Cuba bayangkan jika itu adalah kubur saudara anda, pasti anda akan marah.

“Walaupun dia ingin cepat atau kawasan parkir sudah penuh, ia bukanlah alasan untuk parkir di atas kubur.

“Saya sudah memeriksa kawasan parkir dan masih ada yang kosong. Dia tidak perlu parkir kereta di situ,” katanya lagi.

Tanah itu dimiliki oleh Majlis Perbandaran Charnwood.

“Kawasan perkuburan itu tidak pernah mempunyai sekatan untuk parkir kerana tiada sebab untuk berbuat demikian,” kata jurucakap Majlis Perbandaran itu.

“Kami akan meminta pekerja di perkuburan untuk memerhatikan jika ada yang tidak bertimbang rasa ketika meletakkan kenderaan dan menunjukkan kawasan parkir yang sesuai kepada pelawat.

“Parkir kenderaan di atas kubur adalah tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan,” katanya. – Mail Online

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih