“Kerana Tiada ‘A’ Dalam SPM, Sampai Hati Ayah Buat Begini” – Luahan Sayu Adik Ini

spm

“Kerana Tiada ‘A’ Dalam SPM, Sampai Hati Ayah Buat Begini” – Luahan Sayu Adik Ini

Keputusan SPM baru sahaja diumum, dan pastinya akan ada sorakan dan jeritan kegembiraan daripada bekas calon SPM. Namun tidak kurangnya yang menangis kecewa kerana tidak mencapai hasrat sendiri dan keluarga. Yang paling win ni geng yang tak kisah dapat keputusan yang baik atau buruk.

Kami terkejut apabila membaca status yang dimuat naik daripada Yunan A Samad apabila ada seorang bapa ni…. lepas anaknya tunjukkan keputusan SPM kepadanya. Kesian betul kami baca.

spm1

Jam 12 thari tadi aku ke sekolah anakku mengambil keputusan SPM dia. Aku cuma menunggu di luar dewan sahaja. Membiarkan anakku dan isteri masuk ke Dewan. Aku duduk di kerusi luar bersama dengan seorang bapa yg agak berumur dan sudah beruban. Aku menyapanya sambil senyum. Ternyata dia juga menunggu anaknya mengambil keputusan SpM.

Sedang menanti tiba-tiba muncul anak perempuannya dengan wajah sedih merapati bapanya lalu bersuara ” Ayah adik… ” Tersekat-sekat suaranya, terketar-ketar bicaranya… “Adik lulus semua…” Tapi… Tapi tiada A… ” gugur airmatanya laju.

Aku yang duduk di depan ayahnya itu terasa kaget dan sebak. Sebak melihat kesedihan anak itu ditambah lagi bila aku melihat ayahnya memaling wajahnya dari memandang wajah anaknya dengan muka masam mencuka. Anaknya merayu lagi

“Ayah maafkan adik ayah..” Takpela ayah… adik lulus semua…” Cuba memeluk ayahnya. Si ayah menepis tangan anaknya. Tersedu-sedu anak itu merayu2 memohon ampun dan maaf. Si ayah tetap memaling wajahnya diam membisu.

spm2

Aku tidak tahan melihat situasi itu segera bangun meninggalkan dua beranak itu dengan rasa masing-masing. Rasa sedih pilu seorang anak dan rasa marah mencuka seorang ayah. Allahu Rabbi…

Mengapa si ayah begitu sikapnya? Keputusan sudah di tangan. Bersyukur dan redhalah. Ia dapat meredakan kesedihan dan kemarahan melampau. SPM bukan segalanya. Masa depan tetap ada. Mengapa diturutkan rasa marah itu. Kasihanilah anak itu. Dia pun tidak mahu keputusan yg begitu.

Yakinlah dengan janji Allah swt. Jangan ditambah kelukaan anak dengan memarahi mereka dan menghina mereka. Terimalah keputusan yang dimiliki anak seadanya. Kasihanilah mereka.

Doakan sinar kejayaan tetap ada; bermula dengan berjaya berlapang dada dan berjaya gembirakan mereka dengan apa yg ada. Seadanya. Amin ya Rabbal alamin…

Sabar je la adik, mungkin ada yang ayah awak simpan sehinggakan dia rasa kecewa sampai macam tu. Buat ayah jangan terlalu mengharapkan anak kalian untuk sentiasa penuhi kehendak kamu sebaliknya ketahuilah prestasinya dahulu sebelum meletakkan sebarang harapan.

Terkadang itu sudah takdir, tak ada ‘A’ tak semestinya dia tidak berjaya di masa hadapan betul tak? So korang yang mungkin gagal sekarang tu jangan putus asa sebab rezeki Allah itu luas. – ohbulan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih