Keputusan Terkini Malaysia Badminton All England 2017

Keputusan Terkini Malaysia Badminton All England 2017 – Dua beregu utama negara berjaya mengikut jejak Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton All England 2017 yang berlangsung di Birmingham. Beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong hanya memerlukan 28 minit untuk menyingkirkan pasangan China Liu Xiaolong/Xu Chen pada perlawanan pusingan kedua yang berlangsung awal pagi tadi.

Keputusan Terkini Malaysia Badminton All England 2017

Pasangan negara yang kini menduduki ranking utama dunia menang mudah ke atas gandingan China 21-12, 21-16 untuk berdepan pilihan keenam Li Junhui/Liu Yu Chen dari China.

Keputusan Terkini Malaysia Badminton All England 2017

Gandingan dari negara tembok besar sebelum itu mengetepikan pasangan Thailand Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuatpet 21-18, 21-18.

Pasangan beregu campuran utama negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula dipaksa bekerja keras sebelum menempah slot ke suku akhir kejohanan itu.

Gandingan negara yang kini menduduki ranking keenam dunia itu mengetepikan Zhang Nan/Li Yinhui dari China 9-21, 23-21, 21-17 pada perlawanan pusingan kedua yang berlarutan selama lebih satu jam.

Pasangan negara dijadual berdepan gandingan dari pusingan kelayakan Wang Yilyu/Huang Dongping dari China yang mengejutkan rakan senegara Zheng Siweng/Chen Qingchen yang juga pilihan utama kejohanan 24-22, 21-15.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara Tan Kian Meng/Lai Pei Jing gagal ke suku akhir apabila tewas kepada gandingan baharu dari Korea Selatan Yoo Yeon Seong/Kim Ha Na 15-21, 9-21. Keputusan Terkini Malaysia Badminton All England 2017

Keputusan Terkini Malaysia Badminton All England 2017

Turut terkandas, beregu wanita negara Vivian Hoo/Woon Khe Wei yang dipaksa bermain rubber set sebelum tunduk kepada pasangan Korea Selatan Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan.

Vivian/Khe Wei yang mempamerkan aksi meyakinkan untuk menang set pertama 21-17, bagaimanapun gagal bertahan apabila tewas set kedua dan ketiga 12-21, 17-21 sekali gus gagal ke suku akhir. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous