Keputusan Terkini Kejohanan Badminton All England 2017

Keputusan Terkini Kejohanan Badminton All England 2017 – Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mengikut jejak jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final Kejohanan Badminton All England di Birmingham pada Ahad.

Keputusan Terkini Kejohanan Badminton All England 2017

Pada perlawanan separuh akhir, Peng Soon-Liu Ying mengenepikan pencabar mereka Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dengan 21-17 dan 21-15 pada perlawanan yang berlangsung di Barclays Arena pada Sabtu.

Keputusan Terkini Kejohanan Badminton All England 2017

Menanti mereka di final pada Ahad adalah Lu Kai-Huang Yaqiong dari China yang mengalahkan pasangan tuan rumah, Chris Adcock-Gabrielle Adcock dengan 19-21, 21-12, 22-20.

Terdahulu Chong Wei yang menghampiri gelaran keempat All England menewaskan pemain Taiwan Chou Tien Chen dengan rubber set 10-21, 21-14 dan 21-9 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. – BERNAMA

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous