Keputusan England Vs Jerman, England Pakai Jersi Baharu

Keputusan England Vs Jerman, England Pakai Jersi Baharu  – ENGLAND akan memakai kit ‘away’ baharu semasa perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jerman, Rabu. Pasukan Gareth Southgate akan tampil dengan baju, seluar pendek dan stokin berwarna biru laut dalam perlawanan di Westfalenstadion Borussia Dortmund.

Keputusan England Vs Jerman, England Pakai Jersi Baharu

Perlawanan ini adalah perlawanan pertama England sejak Southgate dilantik sebagai pengurus pasukan secara tetap.

Keputusan England Vs Jerman, England Pakai Jersi Baharu

Kit baharu itu, yang diumumkan di laman web Persatuan Bola Sepak dan boleh dibeli bermula pagi Rabu, adalah eksperimen warna terkini untuk pasukan England.

Pasukan nasional secara tradisinya mempunyai jalur putih apabila bermain di kandang sendiri (home) dan akan memakai jersi merah di tempat lawan, tetapi kit terbaharu untuk edisi ‘home’ yang dikeluarkan pada Mac 2016 telah mencetuskan kritikan disebabkan lengan dan kolar kelabunya.

Manakala kit ‘away’ pula berwarna merah dengan lengan dan kolar berwarna maroon.

Dalam perlawanan itu, pasukan England juga akan mempunyai seorang kapten baharu.

Sementara itu , penjaga gol Jerman, Manuel Neuer tidak akan bermain kerana kecederaan betis. – mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous