Kenapa Isu RM2.6 Bilion PM Najib Tidak Disoal?

Kenapa Isu RM2.6 Bilion PM Najib Tidak Disoal?

SHAH ALAM – “Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak disoal siasat tentang soal RM2.6 bilion yang ada dalam akaunnya?” soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Ahli Parlimen DAP itu membangkitkan perkara tersebut menerusi akaun Twitternya hari ini.

“Mengapa perdana menteri masih tidak disoal? (Lebih-lebih lagi) Dia adalah penerima RM 2.6 bilion. Kenapa?” katanya seperti yang dipetik menerusi akaunnya.

Beliau memuatnaik posting tersebut dengan disertakan pautan laporan berita mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Paul Low Seng Kuan berhubung isu tersebut.

Paul Low seperti yang dipetik menerusi petikan laporan tersebut berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat isu tersebut.

Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, SPRM masih belum merekodkan sebarang kenyataan daripada Najib setakat ini. lapor Sinar Online

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih