Kenali Siapa Selva Kumar Dan Mengapa Wanita Perlu Berjaga-Jaga

Kenali Siapa Selva Kumar Dan Mengapa Wanita Perlu Berjaga-Jaga – NEGARA dikejutkan dengan berita pembebasan seorang bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S.Selva Kumar selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak.

Kenali Siapa Selva Kumar Dan Mengapa Wanita Perlu Berjaga-Jaga

Namun ramai masih tertanya siapakah lelaki misteri itu yang disabit dengan jenayah yang ganas itu.

1. Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan lelaki yang berasal dari Perak itu dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal di negeri itu.

2. Selva Kumar didakwa datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi dan mendiang bapanya adalah seorang pegawai kanan kerajaan.

3. Dia merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik, yang mempunyai dua abang dan seorang adik perempuan.

Kenali Siapa Selva Kumar Dan Mengapa Wanita Perlu Berjaga-Jaga

Kenali Siapa Selva Kumar Dan Mengapa Wanita Perlu Berjaga-Jaga

4. Selva Kumar pergi ke Kanada sebagai pelajar pada tahun 1980.

5. Selva Kumar didapati bersalah pada tahun 1992 di Mahkamah Ontario pada 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan kerana memberi dadah pada mangsanya, 10 tuduhan pelbagai jenis serangan dan 12 pertuduhan lain yang termasuk peras ugut.

6. Polis Toronto mendakwa bahawa Selva melakukan serangan seksual kepada kira-kira 1,000 wanita di seluruh Kanada pada akhir 1980-an sebelum dipenjarakan selama 24 tahun.

7. Memetik laporan media asing, pihak berkuasa di penjara mendakwa Selva Kumar tidak menyesal dan mungkin akan mengulangi perbuatan jenayahnya iaitu rogol dan cabul. Bagaimanapun, keluarga dan rakan rapat Selva memaklumkan perogol bersiri itu telah bertaubat dan telah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.

Kenali Siapa Selva Kumar Dan Mengapa Wanita Perlu Berjaga-Jaga

8. Dalam pada itu, Selva Kumar tidak berjaya untuk cuba menyekat akhbar Kanada, Toronto Star untuk tidak mendedahkan gambarnya dengan alasan bahawa ia akan membahayakan baginya.

9. Salah seorang mangsa rogol Selva yang dikenali Susan Chapella yang dirogol pada tahun 1991 ketika usia 26 tahun tidak akan memaafkan pesalah terbabit.

10. Selva Kumar pernah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

11. Mengulas tentang modus operandi jenayahnya, Selva Kumar menggunakan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem dan penari profesional untuk mengumpan wanita.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous