Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon kemasukan IPTA Sesi 2017/ 2018

Powered by WP Review

Untuk memohon kemasukan IPTA/ Matrikulasi/  ILKA dan Politeknik Sesi 2017/ 2018, pemohon mestilah mematuhi dan menepati syarat-syarat am yang telah ditetapkan. Kegagalan pemohon mematuhi salah satu dari syarat-syarat tersebut akan menyebabkan permohonan ditolak. Sila fahami dengan teliti dan jelas setiap syarat-syarat tersebut agar tidak melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan. Rujuk “5 Prosedur atau Panduan Asas yang perlu diketahui” untuk kemasukan ke IPTA Sesi 2017/2018

Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon kemasukan IPTA Sesi 2017/ 2018

Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon kemasukan IPTA Sesi 2017/ 2018

Syarat Am Kemasukan 

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA (akan dikemaskini dari masa kesemasa) adalah seperti berikut :-

A. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

  1. Warganegara Malaysia dan
  2. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
  3. Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  4. Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  5. Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon kemasukan IPTA Sesi 2017/ 2018

B. Program Lepasan STPM/Setaraf

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  3. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  4. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2016 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
  5. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
  6. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  7. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2016; atau
  8. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2016 atau 2015; atau
  9. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  10. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2016 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2016 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2015 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
  11. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon kemasukan IPTA Sesi 2017/ 2018

Syarat-Syarat Khusus Kemasukan

Untuk syarat-syarat khusus kemasukan pula sila rujuk pada IPTA yang dipohon. Berikut antara link rujukan beberapa IPTA di seluruh negara.

 

Kategori Permohonan

Berikut adalah Kategori Pemohon yang layak memohon untuk kemasukan ke IPTA Sesi 2017/2018

Kategori permohonan untuk semua pemohon (Akan dikemaskini dari masa kesemasa):

1. Pemohon lepasan SPM/Setaraf

  • Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja.
  • Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2015 atau 2014.
  • Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
  • Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2016 (SPM 2015 dengan sijil ulangan SPM 2016 manakala SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015)

2. Pemohon lepasan STPM/Setaraf

  • Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2016.
  • Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2016.

b>3. Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM

  • Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
  • Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  • Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
  • Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  • Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  • Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

4. Lepasan Diploma/Setaraf

  • Kategori E • Aliran Sastera.
  • Kategori F • Aliran Sains:
  • Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
  • Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2015 atau sebelumnya atau,
  • Lulusan STPM Ulangan atau,
  • Lulusan Matrikulasi Sesi 2017/2016 dan sebelumnya atau,
  • Lulusan STAM tahun 2016 dan sebelumnya atau,
  • Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
  • Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

5. Lepasan STAM

  • Pelajar Lepasan STAM tahun 2015 atau 2016 sahaja.
  • Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
  • Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

Rujukan Maklumat dan Informasi:

  • Portal Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
  • Facebook: FB Rasmi UPU
  • Instagram: INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • Talian Helpline:  (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. (Hanya hari bekerja – jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih