Permohonan dan Kemaskini BR1M 2018 Secara Online

Kemaskini BR1M 2018

Permohonan dan Kemaskini BR1M 2018 Secara Online – Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Permohonan dan Kemaskini BR1M 2018 Secara Online

Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih. Panduan penuh lihat post ini.

Memohon dan kemaskini BR1M secara offline:

Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 .

Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.

Tarikh Pembayaran BR1M

Pembayaran BR1M kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September. Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Januari.

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.

Cara Pembayaran BR1M

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566 (Nombor bebas tol)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga maklumat ini berguna untuk semua.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih