Kemalangan Ngeri Tiga Maut Akibat Lori Bertembung Treler

Kemalangan Ngeri Tiga Maut Akibat Lori Bertembung Treler – TIGA maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan treler di Jalan Pulapol (Jalan By Pass), Segamat, Johor, hari ini. Dalam kejadian 2.30 petang itu, pemandu lori, Rahmani Warni, 58, dan dua penumpang lori berkenaan, Amir Hassan, 30 dan Eriman Yaatim, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kemalangan Ngeri Tiga Maut Akibat Lori Bertembung Treler

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori terbabit yang dari Batu Anam menghala ke bandar Segamat masuk ke laluan yang dilalui treler terbabit.

“Pemandu lori cuba mengelak ke arah kanan jalan, namun tetap bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan itu.

“Lokasi kejadian adalah jalan selekoh dengan dua lorong dua hala, selain terdapat garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.

“Lori berkenaan rosak teruk di bahagian hadapan dan treler pula rosak pada bahagian sisi sebelah kiri hadapan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler, M Abimanan, 27, serta penumpangnya, S Rajeswary, 23, cedera ringan.

Menurut Dzulkhairi, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Segamat untuk bedah siasat, manakala kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu dihantar ke Puspakom Segamat untuk pemeriksaan.

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih