14 Maut, 17 Cedera Dalam Kemalangan Bas Ekspres Terbaru

NGERI !! 14 Maut, 17 Cedera Dalam Kemalangan Bas Ekspres Terbaru – MUAR: Kemalangan maut melibatkan tiga belas maut manakala 17 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kesemua mangsa yang maut melibatkan tujuh wanita, lima lelaki termasuk pemandu bas serta seorang kanak-kanak perempuan.

Kemalangan Bas Ekspres terbaru

Beliau berkata, bas yang membawa 30 penumpang dari Johor Bahru ke utara tanah air itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam curam sedalam 20 kaki.

Katanya, sehingga kini kesemua mangsa yang maut dan cedera telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kira-kira 7.40 pagi tadi.

14 Maut, 17 Cedera Dalam Kemalangan Bas EkspresĀ Terbaru

Azman berkata, sehingga kini pihaknya masih belum dapat menghubungi pihak pengurusan syarikat dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.

“Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian,” kata Mohd Yusof ketika dihubungi di sini.
Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi. Kemalangan Bas Ekspres terbaruĀ lapor astroawani.

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...