Kelantan Galak Suami Berpoligami Jika Cukup Syarat

Kelantan Galak Suami Berpoligami Jika Cukup Syarat | KOTA BHARU, KELANTAN – Kerajaan PAS Kelantan mengalakkan suami yang memenuhi syarat mengikut tuntutan Islam untuk berpoligami, lapor Berita Harian. Bagaimanapun, mereka yang tidak memenuhi syarat berpoligami, memadai seorang isteri bagi mengelakkan timbul masalah dalam keluarga.

Kelantan Galak Suami Berpoligami Jika Cukup Syarat

Gambar hiasan sahaja | Google Images

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, dalam Islam matlamat perkahwinan itu untuk melahirkan zuriat yang berkualiti.

Kelantan Galak Suami Berpoligami Jika Cukup Syarat

“Di Kelantan kita galakkan berkahwin sama ada perkahwinan itu yang pertama atau kedua bagi yang layak. Mereka yang memenuhi syarat berpoligami penting luahkan (keinginan) di Mahkamah Syariah dan jangan buat tindakan kahwin di luar negara, tidak mengikuti adab atau saluran yang betul.

“(Ini kerana) daripada perkahwinan akan ada zuriat. Jadi kita tidak mahu anak atau isteri dinafikan hak mereka,” katanya semalam.

Kelantan Galak Suami Berpoligami Jika Cukup Syarat

Sebagai galakkan sebelum berpoligami, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri akan mengadakan kuliah atau program penerangan pendidikan rumah tangga.

“Dalam hal ini, kita adakan kuliah termasuk motivasi dalam perkahwinan, dasar keluarga mawaddah dan galakkan untuk berpoligami bukan dalam bentuk duit tetapi memberi ilmu.

“Kalau kamu (suami) tidak boleh berlaku adil, kahwin satu saja dan kalau (mahu berpoligami) sebagai tempat untuk memuaskan nafsu, itu bukan sasarannya,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih