Kelab Malam Penang Rentang Poster Bikini Kelab Malam

Kelab Malam Penang Rentang Poster Bikini Kelab Malam

Kain rentang parti bikini dipasang di Juru, Seberang Perai Tengah, yang akan diadakan di sebuah kelab malam di Pulau Pinang heboh diperkatakan di media sosial.

Berdasarkan status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Muhamad Fairus Ishak, penulis mempertikaikan kesesuaian penggantungan kain rentang tersebut yang diletakkan di kawasan yang penduduk majoritinya Melayu dan berbilang kaum di Juru.

“Apa sudah jadi nie??? Bikini party..banner sexsi boleh buh kat tepi jalan macam tu ja ka??…agak-agak lah nak buat…”

Gambar itu kemudian mendapat perhatian pengguna laman sosial lain dan dipercayai dikongsi sebuah blog, http://ift.tt/1FuT5qK.

Dalam blog itu, penulis mempertikaikan kain rentang berkenaan yang tidak menghormati penganut agama Islam dan kerajaan negeri gagal memantau pemasangan kain rentang itu.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kain rentang itu sudah ditanggalkan oleh penganjur setelah dinasihatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), petang Jumaat lalu.

“Parti yang dicadangkan dianjurkan pada 1 Oktober ini juga dibatalkan. Penganjur juga dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Biarkan pihak PBT menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu berkenaan jika melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kain rentang terbabit.

sumber: http://ift.tt/1iDT4WB

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 102 times, 1 visits today)

Leave a Reply